Posted on Leave a comment

SMF beberis Aquifolium remedy jeragat yang selamat

SMF Berberis Aquifolium

SMF with Beberis Aquifolium Mengandungi Sepia 200 dan Fragaria Vesca Jeragat, Dua Remedi Hebat Untuk Jeragat

Rawatan konvensional seperti laser, pengelupasan dan pelbagai suntikan seperti suntikan kolagen dan vitamin c kosnya sangat mahal. Sekiranya rawatan-rawatan ini selamat dan mampu memberi kesembuhan tanpa kesan sampingan itu dikira sangat beruntung, tetapi malangnya ramai pengguna yang mengadu menyesal kerana telah mengguna kaedah rawatan seperti laser dan pengelupasan kulit kerana kesan selepas itu menjadikan kulit muka seperti terbakar atau semakin menghitam.

Suntikan kolagen dan vitamin c pula kerap kali akan menjadikan tubuh akan menerima kesan sampingan di dalam tempoh masa yang panjang. Kesan sampingan kepada buah pinggang adalah amat sinonim kepada pengguna ubat-ubatan moden tambah teruk lagi jika melalui suntikan.

Bukan hendak memperkecilkan rawatan moden,kerana terdapat rawatan-rawatan yang sangat-sangat membantu untuk penyakit-penyakit yang memerlukan kelegaan segera seperti serangan asthma, serangan jantung dan kemalangan.

Penyakit kulit memerlukan rawatan yang lembut dan tidak meninggalkan kesan sampingan. Penyakit kulit bukanlah penyakit yang boleh mengakibatkan maut, jadi ia memerlukan kesabaran dan mengambil sedikit masa sebelum tubuh menerima remedi seperti remedi homeopathy. Bayangkan seperti jeragat, di mana melanin yang telah terkumpul dibawah kulit selama berbelas atau berpuluh tahun tidak mampu kita sekat atau menahan pengeluaran di dalam masa yang singkat.

SMF with Beberis Aquifolium Tidak Ada Bahan Kimia

Homeopathy adalah perubatan yang telah berumur lebih 200 tahun mengguna kaedah dos terlalu kecil atau nano dos. Sangat selamat dan setiap remedi akan dicuba kepada manusia bukan kepada haiwan. Remedi seperti Sepia 200 dan Fragaria vesca 30 tidak akan menganggu sistem organ seperti buah pinggang dan hati, malah akan memberi kesan menambah baik sistem organ-organ tersebut.

Homeopathy amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh secara total dan menghapus jeragat. Homeopathy mengkaji permasalahan akar umbi kenapa dan mengapa terjadinya jeragat?. Sebagai contoh punca jeragat ialah pengeluaran melanin yang terlalu banyak dari kadar biasa sehingga menimbulkan kesan pigmentasi hitam atau kecoklatan di muka.
Homeopathy memahami jeragat secara mendalam bukan hanya sekadar mengenali secara luaran. Hasil dari soal jawab setiap kali pembeli yang berminat untuk membeli set-set jeragat adalah corak jawapan yang hampir sama bagi kebanyakkan wanita iaitu berkaitan hormon. Sebagaimana yang diketahui umum hormon adalah sahabat dan juga musuh bagi setiap wanita.

Walaupun jerawat juga dikaitkan dengan perubahan atau ketidakstabilan hormon, tetapi secara fakta jerawat dan jeragat adalah dua penyakit yang berbeza, walaupun kedua-duanya tumbuh dimuka dan tubuh. Persepi membuang jeragat dengan krim seperti merawat jerawat adalah tidak tepat, walaubagaimana pun sabun atau krim mampu membantu dari luar.

Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral (minum atau kemam) untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas seperti mengguna laser dan bahan-bahan krim bertoksik . Hasil rawatan laser, krim dan pengelupasan adalah rawatan yang kerap kali akan menjadikan pesakit lebih menderita selepas itu kerana wajah akan menjadi lebih teruk dari sebelum rawatan tersebut.

Sebagai contoh Sepia 200 adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

Fragaria vesca pula membantu membuang toksik yang gagal dibuang oleh hati dan buah pinggang untuk menjadikan kulit lebih bermaya, “flawless” dan cerah.

Homeopathy berbeza dan istimewa kaedah rawatannya, setiap remedi dikaji, dicuba kepada manusia bukan kepada haiwan kerana remedi homeopathy amat selamat. Setiap kajian dan keberkesanan mengikut simptom dan karekter pesakit akan dibukukan di dalam buku rujukan remedi iaitu MATERIA MEDICA. Kebanyakkan remedi yang di jurnal akan di catit sebagai rujukan yang terdapat di dalam Materia Medica sudah berusia lebih 200 tahun lampau.

Homeopathy bukan sekadar mengikut amalan, warisan atau turun temurun tetapi perlu didalami ilmu perubatannya. Pengamal homeopathy yang mendalami ilmu perubatan istimewa ini akan mampu memberi pilihan perubatan yang selamat dan hampir tidak ada kesan sampingan sebagai alternatif kepada perubatan moden (konvensional)


Sepia digelar dengan pelbagai nama, tetapi kerap kali Sepia dianggap sebagai “remedi ajaib untuk wanita”. Boleh dikatakan hampir kesemua masalah wanita akan mengguna Sepia sebagai remedi utama yang mampu untuk bekerja di dalam tempoh masa yang lama di dalam tubuh wanita.

Homeopathy adalah perubatan unik, di mana setiap remedi akan digandingkan dengan satu kumpulan simptom, corak tertentu berkaitan tubuh-minda yang akan mampu menerima sesuatu remedi dengan lebih cepat. Begitu juga Sepia sekiranya mengikut corak berkaitan tubuh-minda ialah ;
• Muka kelihatan kekuningan atau coklat dan pucat. Kulit kelihatan tidak sihat
• Wanita yang mempunyai anak yang ramai dan terlalu risau mengenai anak-anaknya
• Kerap sakit dibelakang dan mahu diurut, dan ingin duduk berehat di satu tempat yang sunyi dan gelap berseorangan untuk lari dari rutin harian yang padat.
• Wanita yang memerlukan Sepia biasanya tabah tetapi jika wanita tersebut terlalu stress dia akan terus lemah, menangis dan kerap kali bergaduh dengan suami atau anak-anaknya.
• Sepia kerap kali akan diberikan kepada wanita yang berumur lebih 30 tahun yang mengalami sindrom pra haid, vaginitis (jangkitan kuman di vagina), menopos, keguguran, endometriosos, anemia (darah rendah). Kelesuan yang kronik, masalah penghadaman, hilang minat untuk perhubungan intim dan tekanan perasaan yang kadang-kadang akan terjadi hysteria.

Jeragat akan mula timbul di wajah selepas kerap kali melahirkan anak, ditambah dengan tekanan hidup atau perasaan yang di alami.

Fragaria Vesca

Fragaria vesca adalah remedi yang universal dan sesuai untuk semua peringkat umur. Fragaria vesca atau wild strawberry mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk pelbagai masalah penyakit kulit seperti jeragat.

Karekter utama pesakit yang akan mendapat manfaat paling cepat apabila mengamalkan Fragaria apabila seorang individu itu tidak mampu memakan strawberi secara mentah tetapi akan mendapat manfaat melalui kaedah remedi homeopathy.
Selain dari itu sekiranya individu tersebut mempunyai simptom seperti berikut;
• Muka hitam kebiruan
• Muka seolah kecoklatan
• Kuat berpeluh
• Bagi wanita menyusu, payudara mengecil dan susu kekeringan.

Sepanjang diperkenalkan Fragaria telah mampu mencerahkan kulit dan menghilangkan jeragat yang tebal dan lama. Sesuai untuk semua peringkat umur dan kategori pesakit seperti masalah hormon dan lain-lain masalah berkaitan jeragat seperti sunburn, jeragat akibat tersilap mengguna bahan kosmetik, jeragat akibat mengandung (melasma) dan lain-lain. Fragaria juga mempunyai manfaat untuk menguat dan memutihkan gigi jika diamalkan.

Nak order klik sini ====>>> https://nakwasap.my/smfaquifolium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *